Selasa, 6 Oktober 2009

Tugas anggota bomba TUDM

Tugas dan Tanggungjawab Bomba TUDM

Tugas dan tanggungjawab Pasukan Bomba TUDM adalah :
a. Memberi perlindungan kebakaran di lapangan terbang, instalasi dan bangunan TUDM serta kawasan berhampiran.
b. Menyelamat mangsa/nyawa dalam kebakaran.
c. Mengurangkan kemusnahan, kerosakan kapalterbang, kelengkapan, hartabenda dan bangunan akibat kebakaran atau kemalangan.
d. Sekiranya sesebuah pesawat terhempas di luar kawasan pangkalan atau bangunan besar terlibat dalam kebakaran atau lain-lain insiden yang lebih serius, pengawalan keadaan hendaklah diserahkan kepada pegawai Bomba Awam dan sekiranya ia tiba Pasukan Bomba TUDM akan memberi khidmat nasihat jika insiden tersebut membabitkan pesawat TUDM.
e. Sekiranya Pasukan Bomba Awam tiba terlebih dahulu di tempat kejadian yang melibatkan pesawat TUDM dan telah memulakan operasi melawan kebakaran sebelum tibanya Pasukan Bomba TUDM, seeloknya mereka hendaklah meneruskan pengawalan. Pasukan Bomba TUDM hendaklah memberi bantuan dan nasihat sahaja.


Sebagai ahli Organisasi Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) semua peraturan dalam perkhidmatan menyelamat dan melawan kebakaran di lapangan terbang TUDM adalah berpandukan kepada peraturan yang disyorkan oleh ICAO. Pasukan bomba hendaklah berada dalam keadaan bersedia pada sebilang masa di stesen/flait untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Pegawai Kawalan Trafik Udara yang bertugas bertanggungjawab terhadap:
a. Kesiapsiagaan pasukan bomba untuk bertindak semasa kecemasan kapal terbang.
b. Menghantar pasukan bomba sekiranya dianggap kemalangan mungkin terjadi. Manakala di tempat kemalangan Pegawai Bomba bertanggungjawab mengawal keadaan.
c. Pasukan bomba yang bertugas hendaklah hadir di tempat kemalangan atau kawasan sekitar
d. Jika kapal terbang terbakar, tindakan menyelamat serta mengawal kebakaran untuk membolehkan kerja menyelamat dan jika boleh hendaklah memadam kebakaran kesemuanya.
e. Jika kapalterbang tidak terbakar, anggota terperangkap atau cedera hendaklah dikeluarkan dari bahagian-bahagian kapalterbang yang berkemungkinan boleh menyebabkan kebakaran dan tindakan keselamatan serta-merta hendaklah dilaksanakan.

1 ulasan: